Minggu ni aku kembali memakai cermin mata 'saloma' memandangkan stok contact lense dah abess.... Hujung minggu ni harusla keluar mencari stok baru di optical store... Aku dari mula-mula pakai contact lense memang guna Bausch N Lomb monthly disposed yakni dari form 4.... Mata aku start dari Tingkatan 2 dah rabun... Kesian ko mata......
Masa nak beli tu taktau pon brand-brand dia ni... Nama seme tak familiar... Cuma masa tu optometrist syorkan guna hak itu... i follow ajer...... Testimoninyer..?? Rasa agak selesa bagi pengguna yang baru pakai... Cuma bila dah nak hujung bulan pakai tu, akan rasa kering sikit mata.... Isyarat untuk tukar kanta baru...
Pernah juga pakai acuvue sebab tertarik dengan iklan dia... Taklah teruk sangat cuma kanta tu rasa asyik nak terkeluar-keluar.... Ataupun aku yang pasang terbalik???
Its Only Me and My Life Stories
Thursday, 11 December 2014
Tuesday, 18 February 2014
Jamu Mata..JOmm
Pheww..Baru sampai opis.. Baru balik dari site... Patutnya aku update report la dulu kan..Tapi sebaliknya aku pergi update blog... Hewhew takpe memandangkan kerja untuk arini dah setel ye kawan-kawan.. Jangan jelez... Kerja kat opis baru ni sangatlah heaven.. Tak macam opis lama kerja menimbunnnnnnnnn....
Semenjak kerja sini, dah jatuh cinta dengan puding raja ni.. Masa kerja kuantan dulu, selalu jugak makan puding ni tapi tak sesedap dan sepure yang kat Pekan ni.. Kuah dia pekat, cukup manis... Cukup rasa... Dengan jala mas dia.. Dengan pisang lemak manis yang digoreng tu...
Nah, puding raja pekan.. Kalau terasa nak makan macam raja bolehla cuba makan ni. Next time ke Pekan, Pahang jangan lupa mesti beli ni..
Yang ini, Chilled Mango Cheesecake.. Beli di Kulacakes, Kuantan.. Rasanya, humm.. Yummy yummy...Terasa kekejuannya... Di bahagian bawahnya dilapik dengan crust yang rangup dan wangi.. Dan kemanisan topping mangga dibahagian atasnya yang just nice... Setiap gigitan terasa macam makan buah mangga ditambahkan lagi dengan hirisan buah mangga segar yang turut dihiaskan diatasnya... Pelbagai tekstur rasa dalam setiap gigitan, rangup, lembut, dan kenyal...Satu slice RM6, kalau tak silap.(Resit aku dah buang)
Yang ini, Pavlova With Fresh Fruits... Juga dari Kulacakes Kuantan.. rasanya not bad, tapi pada aku pavlova lebih sedap kalau tak terlalu banyak hidangan sampingannya/toppingnya.. Supaya kita boleh rasa rasa asli meringue tu... Pavlova ni turut dicurah dengan sos coklat dan coklat chips kat atas tu... Selain dari potongan buah-buahan segar (strawberry, anggur dan blueberry) dan whip cream... RM8 kot kalau tak silap aku, untuk satu slice...
Setakat ini, pavlova terbaik yang pernah aku makan di Kuantan adalah dari Sis Apple Delight yang beroperasi melalui fb mereka.. Diusahakan oleh Dr. El Huda.. Sumpah sedap betul pavlova dia.. Meringue dia tak hanyir langsung.... Crispy... Kat bahagian dalamnya chewy gewy macam marshmallow... Bahagian yang paling aku suka, adalah toppingnya. Biasanya orang lain just guna non dairy whip cream. So agak manis padaku.. Yg Sis El Huda ni buat, dia guna dairy whip cream, tambah dengan vanila powder dan sedikit gula aising.. Memang wangi dan sedap macam aiskrim... Dan toppingnya tak manis sangat.. Just perfect... Banyak jugak produk yang dah aku beli dari dia, mini pavlova, nutty crunchy, tart nenas (sedappppppp sekali makan 1 balang, nak 10 balang lagi) dan pretzel (sedap)... Bolehlah pergi fb dia kalo berminat. (Aku tak dapat apa-apa komisyen pon dari dia hewhew.. Cuma nak share makanan yang sedap yang aku suka makan..Next time maybe boleh kot Sis El, buy 1, free 1 kot..??)
Tuesday, 30 July 2013
Tinggal Kenangan
Hari ke 22 puasa. Just nk up date perkembangan terkini tanah mak yang dah jual baru-baru ni kepada pemaju untuk dijadikan perumahan. Memang sayang sbenarnya nak jual tanah ni, tapi apakan daya, tak ada modal dan kapasiti mencukupi untuk buat sendiri. Tapi jual ni mak tak ambil duit, sebaliknya amik rumah. Dapat dalam 4 biji kot. Tak taula sapa yang akan dapat tu... Adik beradik yang lainlah sebab aku dah dapat yang bahagian ayah aritu..
Sunday, 21 July 2013
Testing
Assalamualaikum.. Hi there.. Salam Ramadhan 13, 1434H..
I'm just testing the new blog since the old one were so called troublesome to someone, so i hope my new blog will be the right place to express my feelings and stories... Chilll yaa..
I'm just testing the new blog since the old one were so called troublesome to someone, so i hope my new blog will be the right place to express my feelings and stories... Chilll yaa..
Monday, 3 June 2013
Biskut Tatawa.. Halal Ke???
Tengahari tadi waktu rehat aku kuar ke supermarket.. Keluar nak beli barang-barang dapur dan lauk untuk masak malam karang.. Aku memang suka cari barang waktu rehat tengahari.. Sebab senang masa balik karang tak payah nak singgah mana-mana.. Lagipun petang-petang lagila jammed. Dengan orang berebut-rebut kuar balik kerja. Dengan yang nak amik anak kat sekolah lagi... Mujurla sekarang ni musim cuti sekolah, kurang sikit kereta atas atas jalan.
Masa kat supermarket tu, aku capaila sepaket biskut untuk kudap-kudap di pejabat. Pastu, masa ngadap komputer tu, aku terpikir nak check status halal biskut ni.. Sebab nama dia pelik sikit.. Bukan brand yang aku familiar.. Masa kat kedai tadi aku capai sebab rupa dia nampak sedap dan ada logo halal Jakim.
Ni rupa biskut tu... Ni paket luar dia.... Ada perisa blueberry dan strawberry. Pastu ada perisa coklat chip. Aku amik yang strawberry ni. Lama tak makan benda-benda berperisa strawberry ni.
Ni packing dia belah dalam.. Packing kecik individu, ada 10 pack kecik kat dalam.
Aku tengok dia ada cop halal Jakim. pastu ada HACCP tu, ISO la..Macam-macam sijil kekdahnya.. Tu yang terambil...
Tapi bila aku check kat direktori halaljakim, tak ada pula produk ni tersenarai.. Puas aku search based on nama produk, tak kuar.. Aku search ikut nama company pon tak ada jugak.
Pastu aku terjumpa info kat belog ni. Kalau nak tengok dengan lebih clear, boleh ke sini.
Dah konfius ni, boleh makan ke tak.. Kadang-kadang, rasa susahnya la duduk kat Malaysia ni.. Nama negara Islam, tapi bab makan-makan ni pon kadang-kadang kita was-was jugak. Harap-harap pihak berkuasa/berkenaan boleh gubal satu akta berkenaan isi halal ni.. Perlu kenakan tindakan tegas ke atas pengeluar yang menggunakan sijil halal palsu. Aku tak kata tatawa ni guna sijil halal palsu, tapi bila kita cari kat website Jakim dia tak appear, aku anggap dia takdela sijil tu.
Tuesday, 28 May 2013
Home Made Tau Fu Fah
Aku suka sangat makan tau fu fah.. Dari kecik tau fu fah dan aku tak dapat dipisahkan. Satu, sebab aku suka rasa dia. Satu lagi sebab ada mitos yang mengatakan kononnya kalau minum soya banyak-banyak boleh putihkan kulit. Sebab aku nak putihkan kulit, aku pon telan banyak-banyak air soya tu. Tapi tak putih-putih jugak sampai ke tua.. Kesimpulannya, terima jelah pemberian Allah dengan redha.. Kalau kulit putih pon kalau jahat macam setan pon wat apa kan, hahah ayat nak sedapkan hati..
Sebab aku suka sangat minum soya ni maka memang patutla aku kena belajar buat sendiri kan.. First time buat masa makan-makan kat umah mak. Aku buat sikit je, 2 liter soya.. Alhamdulillah. Menjadi... Masa kenduri tunang adik aku baru-baru ni pun, aku buat lagi.. Sebab dah bosan asik-asik bubur kacang, aku pun semangatlah buat tau fu fah ni.. Buat dalam 10 liter soya.. Penat blender, nak tapis... Tapi tang nak masak tula paling seksa.. Dahla dapur ada 2 je.. Orang sibuk nak goreng ikan kenduri, aku sibuk nak masak soya..
Tapi masa ni aku ada buat silap sket... Spoill sangat tau... Aku nak sangat orang rasa tau fu fah aku tu.. Pas abis kenduri tu, keesokkannya aku buat lagi sebab aku rasa tak puas hati betul dengan kacang soya tu.. Ni aku share resepi ngan korang. Aku tak nak orang lain buat kesilapan macam aku... Biarlah kalau orang cuba resepi ni menjadi.. Resepi ni member opis aku yang bagi. Dia tolong photostatkan. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Andai kata pemilik asal resepi ni rasa macam ni resepi dia, aku minta izin copy n paste ye resepinya kat sini..
Ni resepi asal:
2 liter air
250gm kacang soya
1 sudu teh GDL
1 1/2 teh tepung jagung
2 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar air untuk dilarutkan dengan tepung jagung dan GDL (resepi asal guna 1 cawan air)
Air gula:
2 keping gula manisan/melaka
1 liter air
1 helai daun pandan
Cara-cara:-
1. Masak semua bahan-bahan untuk air gula sehingga gula hancur dan mendidih. Sejukkan.
Untuk tau fu fah:
1. Blender kacang soya dengan air.
2. Tapis. Tuangkan ke dalam periuk. Pastikan hasil air soya yang terhasil setelah diperah bersamaan dengan 2 liter.
3. Masak bersama daun pandan sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, boleh tutup api.
Step no. 5 ni kena buat cepat-cepat. Kalau boleh kena 2 orang. Sebab sorang nak pegang bancuhan tepung jagung dan GDL tu, yang sorang lagi kena tuangkan soya panas tu. Semua ni kena buat serentak. Tapi yang second time aku buat sorang je sebab semua orang dah balik time tu. Suami aku pon dah g keja aritu.
5. Kacau rata-rata dulu bancuhan GDL tepung jagung supaya tepung tak berketul-ketul. Tuangkan bancuhan tu ke dalam flask (takung panas) untuk isi air soya tu. Lepas tu, tuangkan air soya panas, dari tempat tinggi sket (macam buat teh tarik tu), tuangkan ke dalam falsk yang dah berisi bancuhan GDL tadi.
6. Tutup flask. Biarkan dalam setengah jam sekurang-kurangnya untuk dia set. Boleh dihidangkan.
*** Aku baru perasan. Masa kenduri aritu, disebabkan aku guna 10 liter air soya, semua
bahan-bahan yang lain aku gandakan dengan 5.
ni yang aku buat yang merosakkan tau fu fah aku tu.. sayang tau 10 liter soya tu..
10 liter soya (after dah blend+tapis+perah)
5 sudu teh GDL
7 1/2 sudu teh tepung jagung
5 cawan air (kat sinila silap besar aku) - Bayangkan patutnya guna 2 sudu je tapi aku guna 5 cawan. Ok, noted.
satu lagi aku blend kacang soya tu 2 kali. Air soya untuk buat tau fu fa tak boleh blend 2 kali ye. Kalau tak, tau fu fah tu tak menjadi. Kalau korang sayang nak buang dan rasa boleh perah lagi, takpe. Boleh simpan tapi blend untuk buat air soya boleh.
Sekian, harap entry ni dapat membantu.
4 Ingredients Fix - Garlic Bread
Malam tadi dinner aku dan hubby tapau pizza je.. Berkejar sebab nak balik cepat kononnya nak tengok game bola Pahang vs JDT.. Nak g stadium memang tak la sebab kami laki bini bukanla kaki bola..
Tunggu punya tunggu game tak start-start pon.. Lagi best, game ditangguhkan terus.. Chettt.. Wat penat je tunggu. Nasib baik tak g stadium... Kalau tak, dah tentu macam-macam dah kuar dari mulut hihi...
Sebab dah ngantuk, aku pon masuk tido dulu.. Pizza dengan sup tak abis simpan je dalam peti.. Pagi ni pergi kerja, hubby bawak bekal g ofis dia.. Dia cuma tinggalkan sup je untuk aku.. Ish, bertuah betul... Nasib baik ada belen-belen roti kat dapur tu bolehla aku cicah dengan sup.. Aku buat sendiri garlic bread ni dan aku rasa lagi sedap dari garlic bread yang kat PHD tu.. Kalo korang nak try, resepi kat bawah ni.. Senang sangat..
Garlic Bread Simple
Bahan-bahan:-
3 keping roti
1 sudu besar buttercup
1 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit oregano atau mixed herbs
Cara-cara:-
1. Gaulkan butter, bawang putih yang ditumbuk dan oregano/mixed herbs..
2. Sapukan ke atas roti.
3. Bakar selama 5 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga agak garing..
4. Boleh makan dengan sup. Marveles..
Subscribe to:
Comments (Atom)