Thursday, 22 November 2012

Peristiwa Berdarah - 1 Muharram 1434H

Assalamualaikum wbt..

Pada 1 Muharram 1434H yang lalu, keamanan penduduk Palestin telah diganggu gugat dengan dentuman bom dan serangan dari rejim zionis laknatullah.. semoga Allah melaknat rejim zionis ini sehingga akhir zaman.

Kita di sini mungkin hanya mampu berdoa dan melihat kekejaman yang berlaku terhadap penduduk Pelestin ini. Ada yang mungkin mula memboikot produk-produk keluaran Yahudi. Biasanya ini bersifat sementara. Bila keadaan dah reda, kita pon mungkin melupakan keadaan mereka di sana.

 Saya pon sebelum ni macam tu jugak, masa dengar berita rasa macam, ya Allah, kejamnya zalimnya peperangan ni.. Tapi bila isu ni dah reda, saya pon terlupa...Rasa macam bila jadi benda-benda macam ni, selalu doa, kalo macam nila keadaannya, biarlah cepat kiamat. Supaya penderitaan mereka semua akan berakhir. Tapi bila fikirkan bekalan yang tak cukup, rasa takut pulak... Macam pentingkan diri..


Tapi bila dah berkahwin dan ada anak ni, bila tengok kanak-kanak yang jadi mangsa peperangan tu, yang kematian ibu bapa, anak-anak yang dibom, dibedil, terbayang macamana agaknya kalau kita yang berada dalam situasi tu.. Jadi entry kali ni supaya saya tidak lupa bahawa keadaan ini pernah terjadi. Supaya bila anak dah besar nanti, dia boleh tengok inilah keadaannya..


Bayangkan si kecil ini memanggil-manggil ibunya yang telah tiada- ya Allah, alangkah sayunya hati



Satu keluarga terbunuh...







Ya Allah tak sanggup nak tengok..
















Syahid



Syahid






Buat anak mama tersayang, Aisyah, ingatla peristiwa ini.. Semasa umur Aisyah 2 tahun 4 bulan..  Aisyah mungkin terlalu kecil untuk memahami kenapa ia terjadi. Kenapa kanak-kanak secomel ini dibedil dibom sesuka hati oleh yahudi zionis syaitan laknatullah ini. Tapi mama tau Aisyah faham mama sedih dan kenapa mama nangis bila tengok gambar-gambar ni.. Mama doakan bila Aisyah dah besar nanti, Aisyah akan jadi anak yang kuat, sekuat anak-anak Palestin ini.. yang bijak pandai dan boleh berbakti pada masyarat, agama dan negara.. In Sha Allah, kalau kita berilmu, kita boleh bantu masyarakat kita. Allah ada bersama-sama kita..