Thursday, 11 December 2014

Perbezaan Antara Bausch N Lomb 38 dan 59

Minggu ni aku kembali memakai cermin mata 'saloma' memandangkan stok contact lense dah abess.... Hujung minggu ni harusla keluar mencari stok baru di optical store...  Aku dari mula-mula pakai contact lense memang guna Bausch N Lomb monthly disposed yakni dari form 4.... Mata aku start dari Tingkatan 2 dah rabun... Kesian ko mata......

Masa nak beli tu taktau pon brand-brand dia ni... Nama seme tak familiar... Cuma masa tu optometrist syorkan guna hak itu... i follow ajer...... Testimoninyer..?? Rasa agak selesa bagi pengguna yang baru pakai... Cuma bila dah nak hujung bulan pakai tu, akan rasa kering sikit mata.... Isyarat untuk tukar kanta baru...

Pernah juga pakai acuvue sebab tertarik dengan iklan dia... Taklah teruk sangat cuma kanta tu rasa asyik nak terkeluar-keluar.... Ataupun aku yang pasang terbalik???

Tuesday, 18 February 2014

Jamu Mata..JOmm


      Pheww..Baru sampai opis.. Baru balik dari site... Patutnya aku update report la dulu kan..Tapi sebaliknya aku pergi update blog... Hewhew takpe memandangkan kerja untuk arini dah setel ye kawan-kawan.. Jangan jelez... Kerja kat opis baru ni sangatlah heaven.. Tak macam opis lama kerja menimbunnnnnnnnn.... 


        Semenjak kerja sini, dah jatuh cinta dengan puding raja ni.. Masa kerja kuantan dulu, selalu jugak makan puding ni tapi tak sesedap dan sepure yang kat Pekan ni.. Kuah dia pekat, cukup manis... Cukup rasa... Dengan jala mas dia.. Dengan pisang lemak manis yang digoreng tu...


       
        
   Nah, puding raja pekan.. Kalau terasa nak makan macam raja bolehla cuba makan ni. Next time ke Pekan, Pahang jangan lupa mesti beli ni..





       Yang ini, Chilled Mango Cheesecake.. Beli di Kulacakes, Kuantan.. Rasanya, humm.. Yummy yummy...Terasa kekejuannya... Di bahagian bawahnya dilapik dengan crust yang rangup dan wangi.. Dan kemanisan topping mangga dibahagian atasnya yang just nice... Setiap gigitan terasa macam makan buah mangga ditambahkan lagi dengan hirisan buah mangga segar yang turut dihiaskan diatasnya... Pelbagai tekstur rasa dalam setiap gigitan, rangup, lembut, dan kenyal...Satu slice RM6, kalau tak silap.(Resit aku dah buang)



 



          Yang ini, Pavlova With Fresh Fruits... Juga dari Kulacakes Kuantan.. rasanya not bad, tapi pada aku pavlova lebih sedap kalau tak terlalu banyak hidangan sampingannya/toppingnya.. Supaya kita boleh rasa rasa asli meringue tu... Pavlova ni turut dicurah dengan sos coklat dan coklat chips kat atas tu... Selain dari potongan buah-buahan segar (strawberry, anggur dan blueberry) dan whip cream... RM8 kot kalau tak silap aku, untuk satu slice...

         Setakat ini, pavlova terbaik yang pernah aku makan di Kuantan adalah dari Sis Apple Delight yang beroperasi melalui fb mereka.. Diusahakan oleh Dr. El Huda.. Sumpah sedap betul pavlova dia.. Meringue dia tak hanyir langsung.... Crispy... Kat bahagian dalamnya chewy gewy macam marshmallow... Bahagian yang paling aku suka, adalah toppingnya. Biasanya orang lain just guna non dairy whip cream. So agak manis padaku.. Yg Sis El Huda ni buat, dia guna dairy whip cream, tambah dengan vanila powder dan sedikit gula aising.. Memang wangi dan sedap macam aiskrim... Dan toppingnya tak manis sangat.. Just perfect... Banyak jugak produk yang dah aku beli dari dia, mini pavlova, nutty crunchy, tart nenas (sedappppppp sekali makan 1 balang, nak 10 balang lagi) dan pretzel (sedap)... Bolehlah pergi fb dia kalo berminat. (Aku tak dapat apa-apa komisyen pon dari dia hewhew.. Cuma nak share makanan yang sedap yang aku suka makan..Next time maybe boleh kot Sis El, buy 1, free 1 kot..??)

Tuesday, 30 July 2013

Tinggal Kenangan

Hari ke 22 puasa. Just nk up date perkembangan terkini tanah mak yang dah jual baru-baru ni kepada pemaju untuk dijadikan perumahan. Memang sayang sbenarnya nak jual tanah ni, tapi apakan daya, tak ada modal dan kapasiti mencukupi untuk buat sendiri. Tapi jual ni mak tak ambil duit, sebaliknya amik rumah. Dapat dalam 4 biji kot. Tak taula sapa yang akan dapat tu... Adik beradik yang lainlah  sebab aku dah dapat yang bahagian ayah aritu..


Tengah clear kawasan







Sunday, 21 July 2013

Testing

Assalamualaikum.. Hi there.. Salam Ramadhan 13, 1434H..

I'm just testing the new blog since the old one were so called troublesome to someone, so i hope my new blog will be the right place to express my feelings and stories... Chilll yaa..

Monday, 3 June 2013

Biskut Tatawa.. Halal Ke???

Tengahari tadi waktu rehat aku kuar ke supermarket.. Keluar nak beli barang-barang dapur dan lauk untuk masak malam karang.. Aku memang suka cari barang waktu rehat tengahari.. Sebab senang masa balik karang tak payah nak singgah mana-mana.. Lagipun petang-petang lagila jammed. Dengan orang berebut-rebut kuar balik kerja. Dengan yang nak amik anak kat sekolah lagi... Mujurla sekarang ni musim cuti sekolah, kurang sikit kereta atas atas jalan.

Masa kat supermarket tu, aku capaila sepaket biskut untuk kudap-kudap di pejabat. Pastu, masa ngadap komputer tu, aku terpikir nak check status halal biskut ni.. Sebab nama dia pelik sikit.. Bukan brand yang aku familiar.. Masa kat kedai tadi aku capai sebab rupa dia nampak sedap dan ada logo halal Jakim.

Ni rupa biskut tu... Ni paket luar dia.... Ada perisa blueberry dan strawberry. Pastu ada perisa coklat chip. Aku amik yang strawberry ni. Lama tak makan benda-benda berperisa strawberry ni.






  Ni packing dia belah dalam.. Packing kecik individu, ada 10 pack kecik kat dalam.
 
 





 Aku tengok dia ada cop halal Jakim. pastu ada HACCP tu, ISO la..Macam-macam sijil kekdahnya.. Tu yang terambil...

 




  
Tapi bila aku check kat direktori halaljakim, tak ada pula produk ni tersenarai.. Puas aku search based on nama produk, tak kuar.. Aku search ikut nama company pon tak ada jugak.






Pastu aku terjumpa info kat belog ni. Kalau nak tengok dengan lebih clear, boleh ke sini.
 Dah konfius ni, boleh makan ke tak.. Kadang-kadang, rasa susahnya la duduk kat Malaysia ni.. Nama negara Islam, tapi bab makan-makan ni pon kadang-kadang kita was-was jugak. Harap-harap pihak berkuasa/berkenaan boleh gubal satu akta berkenaan isi halal ni.. Perlu kenakan tindakan tegas ke atas pengeluar yang menggunakan sijil halal palsu. Aku tak kata tatawa ni guna sijil halal palsu, tapi bila kita cari kat website Jakim dia tak appear, aku anggap dia takdela sijil tu.


Tuesday, 28 May 2013

Home Made Tau Fu Fah

Aku suka sangat makan tau fu fah.. Dari kecik tau fu fah dan aku tak dapat dipisahkan. Satu, sebab aku suka rasa dia. Satu lagi sebab ada mitos yang mengatakan kononnya kalau minum  soya banyak-banyak boleh putihkan kulit. Sebab aku nak putihkan kulit, aku pon telan banyak-banyak air soya tu. Tapi tak putih-putih jugak sampai ke tua.. Kesimpulannya, terima jelah pemberian Allah dengan redha.. Kalau kulit putih pon kalau jahat macam setan pon wat apa kan, hahah ayat nak sedapkan hati..

Sebab aku suka sangat minum soya ni maka memang patutla aku kena belajar buat sendiri kan.. First time buat masa makan-makan kat umah mak. Aku buat sikit je, 2 liter soya.. Alhamdulillah. Menjadi... Masa kenduri tunang adik aku baru-baru ni pun, aku buat lagi.. Sebab dah bosan asik-asik bubur kacang, aku pun semangatlah buat tau fu fah ni.. Buat dalam 10 liter soya.. Penat blender, nak tapis... Tapi tang nak masak tula paling seksa.. Dahla dapur ada 2 je.. Orang sibuk nak goreng ikan kenduri, aku sibuk nak masak soya..
Tapi masa ni aku ada buat silap sket... Spoill sangat tau... Aku nak sangat orang rasa tau fu fah aku tu.. Pas abis kenduri tu, keesokkannya aku buat lagi sebab aku rasa tak puas hati betul dengan kacang soya tu.. Ni aku share resepi ngan korang. Aku tak nak orang lain buat kesilapan macam aku... Biarlah kalau orang cuba resepi ni menjadi.. Resepi ni member opis aku yang bagi. Dia tolong photostatkan. Aku tak tau dia amik dari blog mana. Andai kata pemilik asal resepi ni rasa macam ni resepi dia, aku minta izin copy n paste ye resepinya kat sini..






Ni resepi asal:
2 liter air
250gm kacang soya
1 sudu teh GDL
1 1/2 teh tepung jagung
2 helai daun pandan -  disimpul
2 sudu besar air untuk dilarutkan dengan tepung jagung dan GDL (resepi asal guna 1 cawan air)

Air gula:
2 keping gula manisan/melaka
1 liter air 
1 helai daun pandan 

Cara-cara:-
1. Masak semua bahan-bahan untuk air gula sehingga gula hancur dan mendidih. Sejukkan.

Untuk tau fu fah:
1. Blender kacang soya dengan air.
2. Tapis. Tuangkan ke dalam periuk. Pastikan hasil air soya yang terhasil setelah diperah bersamaan dengan 2 liter.
3. Masak bersama daun pandan sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, boleh tutup api.

Step no. 5 ni kena buat cepat-cepat. Kalau boleh kena 2 orang. Sebab sorang nak pegang bancuhan tepung jagung dan GDL  tu, yang sorang lagi kena tuangkan soya panas tu. Semua ni kena buat serentak. Tapi yang second time aku buat sorang je sebab semua orang dah balik time tu. Suami aku pon dah g keja aritu. 

5. Kacau rata-rata dulu bancuhan GDL tepung jagung supaya tepung tak berketul-ketul. Tuangkan bancuhan tu ke dalam flask (takung panas) untuk isi air soya tu. Lepas tu, tuangkan air soya panas, dari tempat tinggi sket (macam buat teh tarik tu), tuangkan ke dalam falsk yang dah berisi bancuhan GDL tadi. 
6. Tutup flask. Biarkan dalam setengah jam sekurang-kurangnya untuk dia set. Boleh dihidangkan.



*** Aku baru perasan. Masa kenduri aritu, disebabkan aku guna 10 liter air soya, semua 
bahan-bahan yang lain aku gandakan dengan 5. 

ni yang aku buat yang merosakkan tau fu fah aku tu.. sayang tau 10 liter soya tu..

10 liter soya (after dah blend+tapis+perah)
5 sudu teh GDL
7 1/2 sudu teh tepung jagung
5 cawan air (kat sinila silap besar aku) - Bayangkan patutnya guna 2 sudu je tapi aku guna 5 cawan. Ok, noted.

satu lagi aku blend kacang soya tu 2 kali. Air soya untuk buat tau fu fa tak boleh blend 2 kali ye. Kalau tak, tau fu fah tu tak menjadi. Kalau korang sayang nak buang dan rasa boleh perah lagi, takpe. Boleh simpan tapi blend untuk buat air soya boleh.

Sekian, harap entry ni dapat membantu.

4 Ingredients Fix - Garlic Bread

Malam tadi dinner aku dan hubby tapau pizza je.. Berkejar sebab nak balik cepat kononnya nak tengok game bola Pahang vs JDT.. Nak g stadium memang tak la sebab kami laki bini bukanla kaki bola..

Tunggu punya tunggu game tak start-start pon.. Lagi best, game ditangguhkan terus.. Chettt.. Wat penat je tunggu. Nasib baik tak g stadium... Kalau tak, dah tentu macam-macam dah kuar dari mulut hihi...

Sebab dah ngantuk, aku pon masuk tido dulu.. Pizza dengan sup tak abis simpan je dalam peti.. Pagi ni pergi kerja, hubby bawak bekal g ofis dia.. Dia cuma tinggalkan sup je untuk aku.. Ish, bertuah betul... Nasib baik ada belen-belen roti kat dapur tu bolehla aku cicah dengan sup.. Aku buat sendiri garlic bread ni dan aku rasa lagi sedap dari garlic bread yang kat PHD tu.. Kalo korang nak try, resepi kat bawah ni.. Senang sangat..


 

 
Garlic Bread Simple
Bahan-bahan:-
3 keping roti
1 sudu besar buttercup
1 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit oregano atau mixed herbs

Cara-cara:-
1. Gaulkan butter, bawang putih yang ditumbuk dan oregano/mixed herbs..
2. Sapukan ke atas roti. 
3. Bakar selama 5 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga agak garing..
4. Boleh makan dengan sup. Marveles..


Tutorial Mekap Dinner/ Bertunang

Haha tajuk hamboi.

Ok, mula-mula aku nak mintak maaf kalau ada yang google tutorial mekap bertunang  / dinner dan dibawa ke sini.. Aku bukan nak tunjuk tutorial mekap sebab aku tak reti mekap. Kalau pergi kerja sempat tempek bedak baby Johnson tupun aku dah kategorikan sebagai bermekap. Last time aku mekap 4 tahun lepas. Yakni masa aku kahwin. Dan dimekap oleh mak andam.. jadi boleh agakla kot tahap 'kepandaian' aku bab2 ni..

Yang ni aku saja-saja menggatal nak mekapkan kakak aku.. Memandangkan dia pon redho  je ngan apa yang aku nak calit kat muka dia hihi... Tengah-tengah mekap tu asik tanya 'cane aku nak tengok ni, takde cermin? Ish, dia tak percaya ke ngan bakat terpendam aku ni..??

Testing pakai bulu mata palsu.. Sian kakak aku dia pasrah je tu..



Hasilnya ayu jelita hasil sentuhan mak andam pro, hihi




Aku sebenarnya sangat berminat dengan benda-benda yang berseni ni.. Aku pon tak tau aku ni menurun siapa. Rasanya mak ayah aku tak berjiwa seni. Yang aku perasan, sejak kecik, aku sangat tertarik tengok rancangan-rancangan berunsurkan masakan, hiasan rumah, rekaan fesyen... Seingat-ingat aku, masa aku sekolah-sekolah dulu, RTM dan TV3 ada siarkan banyak rancangan macam ni.. Kalau majalah pon, aku sangat-sangat tertarik dengan konsep majalah home decor atau family concept ni... Pantang tengok hiasan rumah yang cantik-cantik, aku mula berangan, bila aku besar nanti, aku nak buat macam tu... Cuma aku tak dikurniakan bakat... Sedih sangat.... Memangla sangat berbeza sentuhan orang yang gifted (berbakat) dan minat dengan sesuatu benda tu nak dibandingkan dengan orang yang  sangat deeply passion, cuma takde bakat, natural gifted tu.. Yela itu anugerah Allah siapa-siapa yang dia kurniakan tu memang insan yang sangat bertuah..

Tapi, walaupun aku tak berbakat, disebabkan aku sangat minat memasak, aku dah boleh masak masakan yang suatu masa dulu dalam mimpi je aku rasa aku dapat buat.. Masa awal-awal kahwin, suami aku selalu jadi mangsa tester mekap aku.. Sebab tula agaknya Allah kurniakan anak perempuan kat aku.. Bolehla aku mekapkan dia pulak.. Tapi, no no no... Memandangkan Aisyah kecik lagi, aku tak sanggup mencemarkan kulitnya yang suci murni tulus tu... Walaupun aku tau, Aisyah suka sangat kalau mamanya mekapkan dia...




Majlis Bertunang My Sis, Mastura - 26.05.2013

Assalamualaikum wbt...

Dah lama sungguh tak jenguk ke blog ni.. Bila ada event special, baru terasa nak update untuk ingatan di masa mendatang...

Ahad lepas, kitaorg satu family berkampung di rumahku untuk majlis bertunang adik perempuan bongsu, Mastura. Bukanla anak yang bongsu tapi perempuan bongsu... Jadinya semangat nak berkenduri tu lebih sket.. Dah lama umah kami tak buat majlis-majlis tunang atau kahwin ni.. Last kenduri masa aku kawen aritu, 4 tahun lepas...

Mulanya mak ayah nak wat kat umah dorang.. Tapi aku kesian kalau buat kat umah ayah, sapela yang nak tolong kemas-kemaskan umah tu nanti.. Dahla segala mak nenek barang ada kat umah tu... Sangattttttttttttt banyak sampai serabut otak aku tengok..  Jadi aku cuba cadangkan majlis tu buat kat umah aku je.. Kat umah aku memang kosong je, barang tak banyak, jadi urusan kemas mengemas tu taklah kalut sangat kot...

Majlis tu pada hari Ahad. Hari Sabtu malam Ahad tu family Pok Rohim, iaitu adik ayah aku dari Rompin dah sampai. Dorang bawak daging lembu fresh dan tolong siang-siang bersihkan semua daging tu.. Oh yea... Kebetulan dorang ada rumah kat Kuantan ni yang berdekatan dengan rumah aku.. Rasanya sangat bahagia aritu sebab lorong kat rumah tu meriah dengan sedara maraku.. Biasanya rumah kami sangat sunyi sepi memandangkan lokasinya yang dalam hutan.. 

Pagi ahad start gotong royong memasak.. Rempah untuk gulai daging mak dah siap-siap suh jiran sebelah rumah gaulkan.. Kami cuma campurkan je dengan daging dan santan memandangkan Moksu Leha a.k.a the jiran terpaksa masak untuk kenduri kahwin di kampung sebelah.. Itulah yang susah buat kenduri taim cuti sekolah ni... Tukang masak pon kena berebut... Last-last terpaksala abang-abang ngn saudara yang lain pakat-pakat hentam jelah masak... 

 Aku rasa sangat-sangat heppi dengan kehadiran saudara mara ngan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis ni.. Walaupun bukan majlis aku, tapi sebab wat kat umah aku kan, rasa feel tuan rumah jugakla heheh...

 Sebenarnya mini pelamin ni takde dalam agenda adik aku. Tapi aku yang gatal dan beria-ia suh wat jugak.. Sebab masa aku tunang dulu takde. Sebab aku yang terlebih-lebih selok, pentas tu suami akula jadi mangsa tukang buatnya.. Langsir purple pinjam dengan kakak ipar. Bunga kiri kanan aku buat sendiri dari crepe paper. Lampu ikea ambik dari bilik tidur kitaorang.. Sarung kusyen tabur aku jahit sendiri. Beli aje kain satin murah kat Alamoda.. Semangat kan.. Geleng kepala adik aku tengok...
 

Kakak aku dengan suaminya jadi mangsa pasang pelamin


Kakak aku dengan mokngoh.. Import dari rompin tolong pasang pelamin. Mak sedara aku ni memang kreatif.. Pasal gubah menggubah ni memang serah je kat dia..


Ni masa malam tu.. Sian dorang kul 1 pagi baru masuk tido..


Ni taim pagi Ahad


Ralit tengok tv
 
Mak tengah senduk nasi. Ni kejadian pagi sebelum kenduri start.. 



 

   
kak ngah, kakak ipar tengah potong kuih 'akok' asli beserah.. Aku pon tak sempat makan.. 'nanges''


Orang-orang dapur makan dulu


 
Abang aku no. 3, abg za, dgn wife dia,, kak cik.. Pagi Ahad tu bertolak dari Johor.. Kesian dorang.... Penat tak hilang lagi..


Tuan besar. Ayahku 



Ayah su, abg zubir ngn abg mie

Antara desert yang sempat aku buat, triffle, puding roti. Pulut kuning mak aku buat. Bahulu dan kuih akok disponsor oleh saudara mara yang datang.



Menu, masak bening labu air, ayam goreng curah lada, gulai daging lembu.


Aku tak tahu air apa ni. Tapi sedap.



Tembikai sejuk dimakan dipanas tengahari.. Nyaman tekak


Cuaca yang sangat baik. Terima kasih Ya Allah.



Sesi perbincangan. Aku takde pon masa ni.. Tengah kelam kabut kat dapur.. kejap-kejap kang senduk takdela.. Kicap abisla.. Pening kepala aku.. Bukan senang jadi tuan umah ni rupanya..



Kek hantaran yang aku buat. Ok aku tau buruk.


 
Hantaran


Sesi sarung cincin


Ustaz hensem baca doa.. Aminnn..



Bergambar dengan keluarga lelaki


 




Suamiku merangkap official photographer of the day.. Asik dia je amik gambo orang, nah aku snap gambo dia pulak .. Aku memang takde bakatla amik gambo ni.. Asal boleh je..









 
Gambor tuan tanah harus ada ;-p



Lagi



Terima kasih semua yang sudi hadir..

Thursday, 22 November 2012

Peristiwa Berdarah - 1 Muharram 1434H

Assalamualaikum wbt..

Pada 1 Muharram 1434H yang lalu, keamanan penduduk Palestin telah diganggu gugat dengan dentuman bom dan serangan dari rejim zionis laknatullah.. semoga Allah melaknat rejim zionis ini sehingga akhir zaman.

Kita di sini mungkin hanya mampu berdoa dan melihat kekejaman yang berlaku terhadap penduduk Pelestin ini. Ada yang mungkin mula memboikot produk-produk keluaran Yahudi. Biasanya ini bersifat sementara. Bila keadaan dah reda, kita pon mungkin melupakan keadaan mereka di sana.

 Saya pon sebelum ni macam tu jugak, masa dengar berita rasa macam, ya Allah, kejamnya zalimnya peperangan ni.. Tapi bila isu ni dah reda, saya pon terlupa...Rasa macam bila jadi benda-benda macam ni, selalu doa, kalo macam nila keadaannya, biarlah cepat kiamat. Supaya penderitaan mereka semua akan berakhir. Tapi bila fikirkan bekalan yang tak cukup, rasa takut pulak... Macam pentingkan diri..


Tapi bila dah berkahwin dan ada anak ni, bila tengok kanak-kanak yang jadi mangsa peperangan tu, yang kematian ibu bapa, anak-anak yang dibom, dibedil, terbayang macamana agaknya kalau kita yang berada dalam situasi tu.. Jadi entry kali ni supaya saya tidak lupa bahawa keadaan ini pernah terjadi. Supaya bila anak dah besar nanti, dia boleh tengok inilah keadaannya..


Bayangkan si kecil ini memanggil-manggil ibunya yang telah tiada- ya Allah, alangkah sayunya hati



Satu keluarga terbunuh...







Ya Allah tak sanggup nak tengok..
















Syahid



Syahid






Buat anak mama tersayang, Aisyah, ingatla peristiwa ini.. Semasa umur Aisyah 2 tahun 4 bulan..  Aisyah mungkin terlalu kecil untuk memahami kenapa ia terjadi. Kenapa kanak-kanak secomel ini dibedil dibom sesuka hati oleh yahudi zionis syaitan laknatullah ini. Tapi mama tau Aisyah faham mama sedih dan kenapa mama nangis bila tengok gambar-gambar ni.. Mama doakan bila Aisyah dah besar nanti, Aisyah akan jadi anak yang kuat, sekuat anak-anak Palestin ini.. yang bijak pandai dan boleh berbakti pada masyarat, agama dan negara.. In Sha Allah, kalau kita berilmu, kita boleh bantu masyarakat kita. Allah ada bersama-sama kita..