Sunday, 21 August 2011

Hujung minggu macam ni yang aku suker...

Memandangkan raya cuma tinggal seminggu lagi..rasanya minggu nila waktu terbaik untuk aku pulun wat kuih rayer.. Nak tunggu minggu depan, dah boleh bayangkan kesibukannya..Mesti mase tu kelam kabut nak kemas rumah.. so baiklah aku setelkan minggu ni...

 Alhamdulilah..dalam tempoh 2 hari cuti ni..sempatlah siapkan 4 jenis biskut.. Jadilah.. Nanti topup le ngan kerepek2 bagai beli malam rayer nanti...

Kat bawah ni biskut yang sempat kubuat...HUuuu..


















Monday, 15 August 2011

Resepi Satay Goreng Miza

Dah lama rase nak makan satay.. Nak g satay zul..susah pulak nak dapat parking.. Lagipon dah sibuk2 dengan anak ni..malas nak makan kat luar.. Jadi..sebab dah teringin sangat nak makan..kenala usaha sikit... Pakcik google kan ade.. kita google je resepinya..

Resepi ni dapat kat sini.  Dah lupe dari siapa tapi campur2 sket...Cedok sana sini... Bahan pon tak ikut 100%. Ingat2 lupe je resepinya..




Bahan-bahan
1kg daging ayam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih

Bahan-bahan ditumbuk
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2sm kunyit hidup
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai

Cara-cara:-
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan semua bahan-bahan di atas.
2. Perapkan selama sekurang-kurangnya 2 jam (semalaman untuk rasa lebih sedap).
3. Bolehlah digoreng dalam minyak yang agak banyak.

Tips: 1. Pastikan semasa memotong ayam, amikm sedikit bahagian kulit dan lemaknya supaya dagingnya terasa lebih lembap dan tidak terlalu kering.

Sunday, 14 August 2011

TeRLuPe???

Tengah sedap2 baring depan tv petang tadi...tibe-tibe teringat...Esok ade meting... Pagi... Minit dah buat..Tapi aku dah wat salinan ke blom ek..? Rasenye macam belum.. Memang dari minggu lepas dh tau..Tapi nape aku ni tak alert ha.. Dah teringat tu kelam kabut mintak hubby teman g opis.. kalo pi kul 3..sempatla lagi.. Photostat pe2 yang patut..Pastu bolehla balik umah untuk prepare berbuka nanti..Tapi bile ajak tu dia macam tak berapa nak g..terus aku pon malasla nak paksa2 lagi... Besok jela wat..sempat kot.. Agenda mesyuarat pon baru baru bagi petang jumaat tu.. Malam nila baru nak taip....

Takpe..takpe.. Esok datanglah awal sket.. Hohoho..jadi mlm ni kenala siap2 terus supaya esok tak kelam kabut dan aku dapat datang awal ke opis...

 Kalo tak... biasanya dekat-dekat 8.30pagi barulah aku muncul.. Bukan ape..aku rasa membazir sangat kalo sampai awal.. Baik habiskan masa terluang tu dgn anak...Tapi kalo taim balik..hahaha..tak buleh lambat..Mesti aku dh terpacak depan punch card tu....Ngeee..

P/s: Belom 30 pon dah nyanyuk makcik ni..adehh..

Saturday, 6 August 2011

Aisyah Sudah Satu Tahun.. :)

Pejam celik..pejam celik..dah setahun masa berlalu...Sudah 2 tahun kami berumahtangga.. Aisyah pon dah setahun...Huhu...makin tua la aku.... Sempena buffday our beloved daughter tu, adelah wat makan2 sket...sempena menyambut ramadhan sekali...just panggil adik beradik je makan..buffday cake..mama sendiri yg wat..huhu...amatur punye kek besela..lom perfect lagi..layan gambo jela ye...




Buffday girl yang penat..sblm majlis tido dulu....





Homemade desserts - Triffle, Blueberry Cheesecake dan Puding Mangga dengan Kiwi dan Peach...Yummy...







Friday, 5 August 2011

Mangga Lassi


Bahan-bahannya:-
1 biji mangga- masak ranum
1 cup yogurt -saya guna perisa mangga
2-3 sudu besar susu pekat
sedikit esen vanila
3 gelas air


Cara-caranya:-
1. Blend kesemua bahan sehingga sebati.
2. Kalau mahu sedap lagi, tambahkan ketulan ais.
3. Kalo makan taim berbuke..nyaman...huhu..







Thursday, 4 August 2011

Blueberry Cheesecake

Dulu..Igtkan payah sgt nak wat cheesecake ni. Sampai satu hari, tgk tv, Rachel Allen dr BAKE tu tunjukkan cara-caranya.. So tryla wat... Dan selepas ejas sikit di sana sini..akhirnya..dptlah resepi kek ni... Senang sgt... So..kat bawah ni resepinya..

Untuk base:
12-15 keping biskut marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan

Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream.
4 biji telur
sedikit esen vanila


Untuk hiasan:
250gm blueberry pie filling
100ml whip cream

Cara-cara:-
1. Gaulkan mentega cair dan biskut marie sehingga mendapat adunan yang boleh dikepal.
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.
7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, putar whip cream sehingga kembang. Hiaskan disekeliling kek. Hiaskan dengan blueberry pie filling diatasnya.
9. Sedia untuk dihidangkan.












Semperit Pandan











Bahan-bahannya:-
200 mentega
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 bji kuning telur
3/4 cawan gula ising / 1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh pandan paste
sedikit pewarna hijau
untuk hiasan-coklat urai

Cara-caranya:-
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, pandan paste dan pewarna hijau.
3. Masukkan tepung. Pukul sehingga adunan sebati.
4. Bentukkan dengan acuan semperit. Taburkan dengan coklat rice.
5. Bakar selama 10 minit pada suhu 170 darjah celcius atau sehingga masak.