Miza, awak perlu catatkan hari ini sebagai salah satu hari yang yang penting (kalo lupe lagi sila selam kepala dalam air) dimana separuh dari masalah awak sudah setel...
Teruskan usaha dan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan... Urusan-urusan duniawi ni sedikit sebanyak mengganggu gak hati dan perasaan.. Setiap yang sulit itu pasti ada penyelesaiannya.. InsyaAllah semuanya akan selesai.. Mekasih buat ex-boss yang sudi membantu... Sangat tak sangka dan terharu sebab beliau masih mahu mengambil tanggungjawab itu walaupun kalo orang lain rasanya dah boo layan... Saya doakan dari hati yang paling tulus, sebab bos dah tolong saya di saat saya sangat-sangat mengharapkan bantuannya, semoga beliau dan isteri mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci... Mekasih sangat-sangat... Patutla staf2 semua sayang... (^_^)
Tambah sikit: Lupe nak pesan kat beliau tolong doakan supaya saya ada peluang naik pangkat.....Eheksss...
Friday, 7 October 2011
Wednesday, 5 October 2011
Apabila Si Kecil Pandai Menghargai
Alhamdulilah... Tercapai juga hasratku untuk menyusukan Aisyah sehingga sekurang-kurangnya umur setahun... Dia pon tak ada gaya nak berhenti... Sangat suka lagi adalah... Ada canlah nak extend setahun lagi kan sayang... Huhu..Penatla mama.. Tapi takpe.. Janji Aisyah suka.. Mama pon suka... Jimat belanja... Aisyah pon jadi lebih sihat dan kuat...
Walaupun menyusu tak lagi secara eksklusif, memandangkan dia pon dah mula makan masa umur 5 bulan, dan campur susu formula juga semasa aku kuar bekerja, ada ketika hanya susu badan yang dia nak.. Terutamanya taim tido malam... Ataupon kalo taim aku balik umah waktu lunch, masa tu umpan tutti fruity pon tak jalan... Boleh dikatakan, kalo beri pilihan kat dia, dengan list makanan yang macam-macam, dia tetap akan pilih bm with mama....Hohoho..gembiranya anak mama telah menampakkan ciri-ciri seorang yang genius... Kecik-kecik lagi dah tahu menghargai nilai dan kebaikan breast milk, takyah masuk kelas.... atau susah payah nak google bagaiii....
InsyaAllah, mama akan teruskan sampai la Aisyah umur 2 tahun... Kalo nak extend lagi pon takpe... Tupon kalo takde program lain la.. Kalo tetibe je awak nak dapat adik, terpaksala berlaku adil ye kakak.. :)
Walaupun menyusu tak lagi secara eksklusif, memandangkan dia pon dah mula makan masa umur 5 bulan, dan campur susu formula juga semasa aku kuar bekerja, ada ketika hanya susu badan yang dia nak.. Terutamanya taim tido malam... Ataupon kalo taim aku balik umah waktu lunch, masa tu umpan tutti fruity pon tak jalan... Boleh dikatakan, kalo beri pilihan kat dia, dengan list makanan yang macam-macam, dia tetap akan pilih bm with mama....Hohoho..gembiranya anak mama telah menampakkan ciri-ciri seorang yang genius... Kecik-kecik lagi dah tahu menghargai nilai dan kebaikan breast milk, takyah masuk kelas.... atau susah payah nak google bagaiii....
InsyaAllah, mama akan teruskan sampai la Aisyah umur 2 tahun... Kalo nak extend lagi pon takpe... Tupon kalo takde program lain la.. Kalo tetibe je awak nak dapat adik, terpaksala berlaku adil ye kakak.. :)
![]() |
| Aisyah semasa umur 3 hari... |
Tuesday, 4 October 2011
Saya Bukan Up to Date
Tettttt... Sangat sedih arini.... Sebab saya takde tepon canggih macam awak....
Pesanan kepada diri sendiri: Miza, awak boleh beli phone ni, tapi 4 tahun akan datang... kehkehkeh...
Monday, 3 October 2011
Mengimbau Memori Silam
Yeah..Yeah... Cerita yang dah lama aku nak tengok... Akhirnya dah tayang.... Sebab utama nak tengok, ade WONG HEI.. Masa sekolah-sekolah dulu minat giler ngan dia... Sekarang pon minat lagi... Tapi sebab suamiku dah sound2 kan... So takleh la nak taksub macam zaman bebebudak dulu...
Tapi tayangnye pukul 7.00 malam... Taim magrib....
Sunday, 2 October 2011
Jalan-Jalan Cari Makan @ Nasi Kerabu Kemira
Setelah 2-3 minggu mengidam nak makan nasi kerabu, alhamdulilah, arini dapat jugak aku makan.... Sebenarnya, aku bukanlah peminat tegar nasi kerabu.... Memang tak minat mana pon... Tapi kesedapan nasi kerabu kat kedai ni boleh buat aku asyik teringat-ingat aje....
Masa sampai kat kedai tadi, barisan orang beratur punyelah panjang... Hubby pergi beratur sementara aku pergi cop tempat..... Meja pulak semua penuh.... Adalah dalam 15 minit gak berdiri je macam tugu peringatan... Last2, aku buat-buat muka tak malu aje, ade akak tu nampaknya duduk sorang diri je... Aku pon joinlah meja dia... Dia tengah tunggu anak dia beratur amik nasi.... Sambil-sambil tu, bersembang dengan dia... Hehehe.. Rupe-rupenye akak tu adalah jiran selang satu lorong belakang rumah.... Canela boleh saling tak mengenali ni.....
Kebetulan masa hubby dah siap amik order, dah ada meja kosong.. Aku pon minta diri ke meja kosong tu.... Macam mengganggu je akak tu nak makan.... Akupon sebenarnya dah tak sabar nak makan, perut dah lapar..
| Tengok signboard dia tu, dah memanggil-manggil untuk g makan... |
|
| Pandai en. suamiku pilihkan lauk... |
1. Tahap kelembutan nasi dia yang 'just nice'. Takdela keras sangat... Tapi tak lembik... Ala-ala 'al dente' gitu.. Hehe... Walaupon nasi kerabu dia tak berwarna biru (mak tak kesah takde kaler pon)...
2. Ayam panggang dan daging panggang dia sedappp....Ayam tu rasa manis-manis pedas.. Kusuka..ku suka..
3. Ulam-ulaman dia tak semak sangat... Aku pernah makan nasi kerabu (dekat bayroute), yang mana aku kena peruntukkan 5 minit untuk asingkan tauge dari nasi.. Sebabnya dalam ulam tu, ade banyak sangat tauge, jadi bau tauge tu dah spoilkan kesedapan nasi kerabu...
4. Sambal kelapa dia tak rasa macam hampas sangat.. Cane ye nak terangkan... Agaknya mungkin dia guna kelapa muda.. Dan mata parut yang lebih halus.. Jadi takdelah tersedak sangat. Sambal dia pon sedap.. Ada rasa masin dan manis ikan yang seimbang....
5. Kuah sambal dia sedap...
6. Ada rasa budu... Ni memang faktor untuk jadikan nasi kerabu tambah sedap...
7. Tergigit lada potong sikit yang buatkan nasi rasa lebih umpph... Kalo tak pedas tak sedap pula kan...
| Bila turn saya pula mama...? Lapar gak ni... |
Saturday, 1 October 2011
Panduan Meletak Harga Jualan Pada Kek..
Ku terjumpa sebuah laman yang cantik,menarik, tertarik kau memang daboom... dan dah lama kucari-cari... Pasni bolehla berniaga dengan lebih konfiden..hekhek..
Tuan punye blog, minta izin Copy N Paste ye... Terima kasih kongsi tips berguna... (^_^) Sumber asal dari SINI
PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL .
Tuan punye blog, minta izin Copy N Paste ye... Terima kasih kongsi tips berguna... (^_^) Sumber asal dari SINI
PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL .
Panduan meletak harga jualan pada kek -
- Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
- Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.
- Adakan perbincangan antara ahli keluarga atau kawan terdekat bila anda rasa kurang pasti berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.
*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan “Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?” Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya. Satu cara lagi anda boleh terangkan kepada pelanggan anda kenaikkan harga adalah disebabkan oleh kenaikkan bahan yang digunakan dll.
***FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT
1. Formula yang D selalu gunakan sebagai panduan adalah untuk kita senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk resipi tertentu. Disini D berikan contoh resipi Carrot Cake Sifu Suria. 2 adunan resipi akan dapat menghasilkan 8 loyang bulat. Harga barangan adalah dari Saudari Hasnee (Resipi.Net). Kalau anda berada di Singapura, ikut matawang SGD la ye.
Harga Bahan yang DiperlukanKarot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM35.00
2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 – 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan ratio 1.3.
Formula
RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil) =RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (=-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10
Ratio yang Diana berikan dari 1.3 – 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 – 2.2. Jangan letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt.
MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN
1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara seperti berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.
2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-Saudari ABCXYZTel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
3. Anda juga boleh sediakan namecard, untuk memudahkan pelanggan baru untuk mendapat butiran anda jika mereka ingin menempah. Gunakan daya kreativiti anda, anda boleh juga menempah kotak yang istimewa untuk anda pekkan produk anda. Ini akan memudahkan pelanggan jika mereka ingin memberikan kek/biskut/kuih sebagai hadiah. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada bakal pelanggan anda.
4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa dan boleh anda minta tolong dari saudara terdekat untuk promosi kepada kawan-kawan mereka.
5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi rupa dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.
-Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Sekiranya resipi tersebut adalah dari blog ?Resipi Diana? berikanlah resipi tersebut lagipun D berkongsi resipi disini ikhlas untuk semua.
-Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda bertambah maju. Kita tidak tahu tapi Allah swt tahu. Dan jangan ler lupa promote sikit blog ini, untuk mendapat keberkatan bersama?
Riadah di Petang Hari
Petang tadi Aisyah merengek-rengek ajak pegi main kat luar... Dia dah tak keruan dok tengok je anak-anak jiran main bola kat depan rumah.. Mama layankan ajer... :)) Kalo tak ikut cakap dia mengamuk sekampung boleh dengar....
| Abang zakri dengan kakak wani datang berkenalan.. |
| Jomla cik adik, kita main masak-masak kat luor.... |
| Hepi sangat dapat join the crowd.. |
Masa nak balik sikit punye seksa... Ngamuk-ngamuk tak nak masuk dalam rumah... Dah magrib nak oii, esok lusa kita main lagi....
Subscribe to:
Posts (Atom)
