Tuesday, 11 October 2011

Quick Snap

aku nak update blog...tapi tak sempat keje banyak.... Kalo boleh esok mahu cuti...nak hantar Aisyah appointment kat hospital...  Harap-harap ku dapat cuti.... Hohoho..Bolehla holiday sekali....

Sunday, 9 October 2011

Perut Terasa Lapar

 Pagi-pagi lagi dah dilanda 'monday blues'.. Huhuhu... Ni mesti kes termakan siput malam semalam, Tu yang aku bekerja pon seperti seorang siput arini....Tapi memang bes le... Dapat gak aku makan. Makcik aku bawakkan sebab kebetulan pakcik aku ade meting kat Kuantan so ikut sekali....

  Mula-mula ingatkan husband tak gemar... So aku amik sikit jela... Yang selebihnya bagi kat mak... Balik terus rebus dan makan.... Rupa-rupanya dia makan lagi banyak... Tak aci..Tak aci... abang makan banyak...


 


Pukul 11.30 malam perut lapar lagi...


Demo cara-cara nak makan..


Rupa tak menarik tapi rasa sedap  


Sekali ngapp je...      

Saturday, 8 October 2011

Cheesecake Trifle





Bahan-bahannya:-
Lapis Pertama
1. Base bawah Sebiji cheesecake /kek span (ikut pilihan masing-masing)-nak sedap sila guna cheesecake.   Ada jual kat giant atau carefour tu..



Lapis Kedua
2 tin susu cair
2-3 sudu besar gula (kalo tak suka manis, 2 sudu dah cukup)
4 sudu besar (rata) tepung kastard
1 biji telur



Lapis Ketiga
jeli nona (perisa ikut kegemaran masing2. Saya guna mangga)
buah-buahan koktel dalam tin
buah prune-dipotong kecil (jika suka)



Cara-cara:-


  1. Kacau tepung kastad, telur dan susu biar sebati.
  2. Masukkan dalam periuk. Tambah gula. Masak atas dapur sampai pekat. (api jangan kuat)
  3. Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. (Buat ni dulu sebelum masak kastad)
  4. Bila kastad dah agak pekat dan masak, tapis dulu kastad tu sebab dia berketul-ketul. Ratakan di atas kek tadi.
  5. Curahkan jeli yang telah dimasak (ikut arahan pada pembungkusannya) ke atas kastard tadi.
  6. Susun buah-buah koktel dan prun (atau buah ikiu kegemaran anda e.g peach.. ) ke atas jeli tadi. Biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais semalaman.
  7. Sedia untuk dihidangkan.






















Tiramisu

Resepi dapat di myresepi... Resepi asal kat SINI




Bahan-Bahannya:-
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan


Cara-cara:-
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.  Satukan gula, cheese dan cream
3.  Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.  Potong kek pada 3 bahagian
5.  Susun 1 bahagian dalam bekas
6.  Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7.  Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8.   Susun lagi bahagian yang selebihnya
9.   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.  Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya..




















Makan-makan @ Buffday Ayah & Asippu

Keluarga aku memang suka buat aktiviti makan-makan... Aku pulak suka buat makanan untuk dimakan-makan..Hahaha..Memang kena sangatlah tu.... Tapi biasanya aku hanya incharge bahagian dessert-dessert sajerkkk.. Bab-bab makanan berat-berat toksah bagi kat aku... Punah ranah nanti....

Disebabkan semalam (Sabtu) ade kelas masak yang start dari pagi sampai petang, dan acara makan-makan tu pulak startnya  lepas magrib semalam (Sabtu) kat umah tokwan, jadi aku balik keje petang Jumaat tu terus siap-siap masak.. Penat toksah kira la... Campur malas lagi... Tapi nanti kesian pulak yang datangnya ramai (adik beradik dengan anak-anak buah saje pon dan ramai), pastu tetibe makanan tak cukup... so aku tambah-tambah la...   Malam tu dekat pukul 2 baru boleh tido lepas siapkan tiramisu, trifle dengan kek blackforest......




Kek comot sebab tukang buatnya amatur bab-bab deco

Untuk resepi : KLIK




Triffle cheesecake- Sokmo kena buat lebih sebab ramai yang suke
Untuk resepi : KLIK




Tiramisu

Untuk resepi : KLIK



Lepas Magrib, berangkat ke umah tok wan...





PineApple Upside Down

Satu lagi resepi yang dapat kat kelas masakan tadi... Ade 3 group seme sekali.. Satu grup ade 3 orang... So, lepas siap-siap masak tu, kami potong-potong dan bahagikan kek tu (dah macam sessi bahagi harta pusaka pulak-ade yang siap ukur beria2 nak tgk sama besar ke tak...pening aku nengok)






Selepas di bahagi tiga - inilah hasilnya...




PineApple Upside Down Cake

Bahan A
25o gm mentega
220gm tepung naik sendiri (blh beli cap bluekey-tapi tadi cikgu bgtau-kalo beli kat bakeri lebih sedap)
180gm gula kastor
4 biji telu
5 sudu makan sirap nenas
7-8 keping nenas dalam tin (kami guna  loyang 9inci x 9 inci loyang segiempat)
cerimerah - dibelah 2
100gm walnut - dibakar pada suhu 130 darjah celcius selama 20 minit dan dicincang.

Bahan B
3ogm mentega - dicairkan- tuangkan ke dalam loyang dan lenggang-lenggangkan bagi rata. Make sure loyang tu alas dulu dengan kertas.
- Pastu tabutkan 3 sudu besar gula perang ke atas butter cair tadi.

Cara-caranya:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. MAsukkan telur dan pukul sebati.
2. Masukkan tepung naik sendiri diikuti dengan sirap nenas. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan pula walnut. Gaul dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 25minit. Diikuti suhu 160celcius selama 25minit lagi.
5. Keluarkan kek setelah masak. Biarkan selama sejam. Terbalikkan dan keluarkan kek. Sedia dihidangkan.

Kek Aiskrim Strawberri / Mousse Strawberry Chocolate Cake

Asslamualaikum.. Dah lama tak masukkan entry masak-masak... Hari ini ade pergi satu kelas belajar masak kek, so nak share sket apa yang dah dipelajari siang tadi...

 Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan...




Kek Aiskrim Strawberri / Mousse Strawberry Chocolate Cake

Bahan A (Untuk kek span sebagai dasar)
80 gm gula
60 gm tepung naik sendiri
10 gm serbuk koko
40gm minyak jagung / minyak masak - saya guna minyak jagung
8 gm ovellete
3 biji telur (berat tanpa kulit dalam 130-150gm)
30gm air
1 sudu kecil coklat emulco
**Sila guna penyukat digital untuk hasil yang lebih jitu.. (@_@)

Cara-caranya:-
1. Sebatikan gula dan ovellate dengan sudu sampai sebati dalam mangkuk kecil.
2. Dalam mangkuk mixer, campurkan tepung, telur dan campuran gula dan ovelatte tadi. Putar sebati sehingga menjadi gebu.
3. Perlahankan mixer, masukkan air, coklat emulco, serbuk koko dan putar pada kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang dan pekat. (adunan tidak jatuh bila diterbalikkan).
4. Perlahankan mixer. Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam berukuran 9 inci.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 minit.
7. Setelah masak, sejukkan kek dahulu sebelum trim lebihan tepi kek untuk memuatkan kek ini kedalam loyang yang lebih kecil (loyang 8 inci pula)


Bahan B

1. 
150gm jem strawberry
140gm yogurt berperisa asli (cikgu saya sarankan guna yogurt dutch lady)
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pes lemon (kami guna sunquick ajer)
50gm air
1/2 sudu kecil pewarna merah

2.
20 gm gelatin halal
50gm air
-Kacaukan sikit2 aje gelatin dengan air (jangan overmix). Biarkan sampai dia beku -dalam 1/2 jam). Jangan diusik-usik.


3. 
250gm krim putar (non dairy whipping krim-kami guna Vivo-Cikgu kata sbb kurang manis-optional nak guna brand ape pong)
1/2 sudu kecil pewarna merah

Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan sehingga rata kecuali pewarna merah. Masak atas api sehingga cair dan mendidih. Masukkan pewarna.
2. Cairkan gelatin secara double boiler. Letakkan terus atas mankuk berisi air. Xperlu tunggu air mendidih. Just cukup untuk wap tu buatkan gelatin cair. Barulah dikacau supaya rata.
3. Masukkan campuran gelatin ke dalam adunan 1. Biarkannya sejuk.
4. Pukul whip krim sehingga kembang dan tak jatuh. Masukkan krim putar ke dalam bancuhan 3. Kacau sehingga betul-betul sebati.
5. Tuangkan adunan ke atas kek yang telah diejas supaya muat masuk ke dalam loyang 8inci tadi. Sebelum tu, kek span tadi perlu dibelah 2. Untuk dapat 4 layer...
6. Letakkan kek sebagai base dalam loyang springform. Masukkan bancuhan 4 ke dalam piping beg. Paipkan dke atas ke bermula dari tepi. Penting untuk cover supaya kek tidak kelihatan. Biar nampak adunan asikrim sahaja. Selepas itu, selang selikan dengan kek dan tutu semula dengan bancuhan aiskrim.
7. Bila siap, ratakan dan simpan ke dalam peti ais sekurang-kurabgkan 5 jam sebelum dihidangkan.
8. Kalo suka, boleh hiaskan ikut kreativiti anda..
9. Selamat mencuba..