Tuesday, 28 May 2013

Majlis Bertunang My Sis, Mastura - 26.05.2013

Assalamualaikum wbt...

Dah lama sungguh tak jenguk ke blog ni.. Bila ada event special, baru terasa nak update untuk ingatan di masa mendatang...

Ahad lepas, kitaorg satu family berkampung di rumahku untuk majlis bertunang adik perempuan bongsu, Mastura. Bukanla anak yang bongsu tapi perempuan bongsu... Jadinya semangat nak berkenduri tu lebih sket.. Dah lama umah kami tak buat majlis-majlis tunang atau kahwin ni.. Last kenduri masa aku kawen aritu, 4 tahun lepas...

Mulanya mak ayah nak wat kat umah dorang.. Tapi aku kesian kalau buat kat umah ayah, sapela yang nak tolong kemas-kemaskan umah tu nanti.. Dahla segala mak nenek barang ada kat umah tu... Sangattttttttttttt banyak sampai serabut otak aku tengok..  Jadi aku cuba cadangkan majlis tu buat kat umah aku je.. Kat umah aku memang kosong je, barang tak banyak, jadi urusan kemas mengemas tu taklah kalut sangat kot...

Majlis tu pada hari Ahad. Hari Sabtu malam Ahad tu family Pok Rohim, iaitu adik ayah aku dari Rompin dah sampai. Dorang bawak daging lembu fresh dan tolong siang-siang bersihkan semua daging tu.. Oh yea... Kebetulan dorang ada rumah kat Kuantan ni yang berdekatan dengan rumah aku.. Rasanya sangat bahagia aritu sebab lorong kat rumah tu meriah dengan sedara maraku.. Biasanya rumah kami sangat sunyi sepi memandangkan lokasinya yang dalam hutan.. 

Pagi ahad start gotong royong memasak.. Rempah untuk gulai daging mak dah siap-siap suh jiran sebelah rumah gaulkan.. Kami cuma campurkan je dengan daging dan santan memandangkan Moksu Leha a.k.a the jiran terpaksa masak untuk kenduri kahwin di kampung sebelah.. Itulah yang susah buat kenduri taim cuti sekolah ni... Tukang masak pon kena berebut... Last-last terpaksala abang-abang ngn saudara yang lain pakat-pakat hentam jelah masak... 

 Aku rasa sangat-sangat heppi dengan kehadiran saudara mara ngan kawan-kawan yang sudi datang ke majlis ni.. Walaupun bukan majlis aku, tapi sebab wat kat umah aku kan, rasa feel tuan rumah jugakla heheh...

 Sebenarnya mini pelamin ni takde dalam agenda adik aku. Tapi aku yang gatal dan beria-ia suh wat jugak.. Sebab masa aku tunang dulu takde. Sebab aku yang terlebih-lebih selok, pentas tu suami akula jadi mangsa tukang buatnya.. Langsir purple pinjam dengan kakak ipar. Bunga kiri kanan aku buat sendiri dari crepe paper. Lampu ikea ambik dari bilik tidur kitaorang.. Sarung kusyen tabur aku jahit sendiri. Beli aje kain satin murah kat Alamoda.. Semangat kan.. Geleng kepala adik aku tengok...
 

Kakak aku dengan suaminya jadi mangsa pasang pelamin


Kakak aku dengan mokngoh.. Import dari rompin tolong pasang pelamin. Mak sedara aku ni memang kreatif.. Pasal gubah menggubah ni memang serah je kat dia..


Ni masa malam tu.. Sian dorang kul 1 pagi baru masuk tido..


Ni taim pagi Ahad


Ralit tengok tv
 
Mak tengah senduk nasi. Ni kejadian pagi sebelum kenduri start.. 



 

   
kak ngah, kakak ipar tengah potong kuih 'akok' asli beserah.. Aku pon tak sempat makan.. 'nanges''


Orang-orang dapur makan dulu


 
Abang aku no. 3, abg za, dgn wife dia,, kak cik.. Pagi Ahad tu bertolak dari Johor.. Kesian dorang.... Penat tak hilang lagi..


Tuan besar. Ayahku 



Ayah su, abg zubir ngn abg mie

Antara desert yang sempat aku buat, triffle, puding roti. Pulut kuning mak aku buat. Bahulu dan kuih akok disponsor oleh saudara mara yang datang.



Menu, masak bening labu air, ayam goreng curah lada, gulai daging lembu.


Aku tak tahu air apa ni. Tapi sedap.



Tembikai sejuk dimakan dipanas tengahari.. Nyaman tekak


Cuaca yang sangat baik. Terima kasih Ya Allah.



Sesi perbincangan. Aku takde pon masa ni.. Tengah kelam kabut kat dapur.. kejap-kejap kang senduk takdela.. Kicap abisla.. Pening kepala aku.. Bukan senang jadi tuan umah ni rupanya..



Kek hantaran yang aku buat. Ok aku tau buruk.


 
Hantaran


Sesi sarung cincin


Ustaz hensem baca doa.. Aminnn..



Bergambar dengan keluarga lelaki


 




Suamiku merangkap official photographer of the day.. Asik dia je amik gambo orang, nah aku snap gambo dia pulak .. Aku memang takde bakatla amik gambo ni.. Asal boleh je..









 
Gambor tuan tanah harus ada ;-p



Lagi



Terima kasih semua yang sudi hadir..

Thursday, 22 November 2012

Peristiwa Berdarah - 1 Muharram 1434H

Assalamualaikum wbt..

Pada 1 Muharram 1434H yang lalu, keamanan penduduk Palestin telah diganggu gugat dengan dentuman bom dan serangan dari rejim zionis laknatullah.. semoga Allah melaknat rejim zionis ini sehingga akhir zaman.

Kita di sini mungkin hanya mampu berdoa dan melihat kekejaman yang berlaku terhadap penduduk Pelestin ini. Ada yang mungkin mula memboikot produk-produk keluaran Yahudi. Biasanya ini bersifat sementara. Bila keadaan dah reda, kita pon mungkin melupakan keadaan mereka di sana.

 Saya pon sebelum ni macam tu jugak, masa dengar berita rasa macam, ya Allah, kejamnya zalimnya peperangan ni.. Tapi bila isu ni dah reda, saya pon terlupa...Rasa macam bila jadi benda-benda macam ni, selalu doa, kalo macam nila keadaannya, biarlah cepat kiamat. Supaya penderitaan mereka semua akan berakhir. Tapi bila fikirkan bekalan yang tak cukup, rasa takut pulak... Macam pentingkan diri..


Tapi bila dah berkahwin dan ada anak ni, bila tengok kanak-kanak yang jadi mangsa peperangan tu, yang kematian ibu bapa, anak-anak yang dibom, dibedil, terbayang macamana agaknya kalau kita yang berada dalam situasi tu.. Jadi entry kali ni supaya saya tidak lupa bahawa keadaan ini pernah terjadi. Supaya bila anak dah besar nanti, dia boleh tengok inilah keadaannya..


Bayangkan si kecil ini memanggil-manggil ibunya yang telah tiada- ya Allah, alangkah sayunya hati



Satu keluarga terbunuh...







Ya Allah tak sanggup nak tengok..
















Syahid



Syahid






Buat anak mama tersayang, Aisyah, ingatla peristiwa ini.. Semasa umur Aisyah 2 tahun 4 bulan..  Aisyah mungkin terlalu kecil untuk memahami kenapa ia terjadi. Kenapa kanak-kanak secomel ini dibedil dibom sesuka hati oleh yahudi zionis syaitan laknatullah ini. Tapi mama tau Aisyah faham mama sedih dan kenapa mama nangis bila tengok gambar-gambar ni.. Mama doakan bila Aisyah dah besar nanti, Aisyah akan jadi anak yang kuat, sekuat anak-anak Palestin ini.. yang bijak pandai dan boleh berbakti pada masyarat, agama dan negara.. In Sha Allah, kalau kita berilmu, kita boleh bantu masyarakat kita. Allah ada bersama-sama kita..




















Friday, 10 August 2012

Update progress renovation dapur

Assalamualaikum... Salam ramadan... Tinggal seminggu aje lagi sebelum syawal menjelma.. Sedih rasa nak berpisah dengan bulan ramadhan.. Entah tahun depan masih ade kesempatan entah tidak.. Kalau masih diizinkan Allah, alhamdullilah...

Kali ni nak update pasal dapur. Memang konpem tak sempat siap by raya.. Setakat ari ni, dorang dah siap plaster dinding dalam, pasang roof tiles.. Malam ni dorang nak start plaster ceiling dah.. Terpaksa keje sampai malam. Aduh tak sukenye. Hilang privacy aku.. Tapi takpela, malam ni blh buat biskut. Taklah takut sangat kalo ade orang kat luar.

So far, memang puas hati dengan hadil kerja tukang-tukang indon ni.. Dia punye ikat bata kemas, xnampak lubang-lubang. Dia punye plaster dinding pon cantik. Harap2 mereka kekalkan momentum macam ni....

Xpela lambat sket siap janji end product uas hati.