Tuesday, 6 September 2011

Raya Kami Tahun Ini...

Hari ni dah 8 Syawal... Dah 8 hari juga umat Islam menyambut Aidilfitri.... Orang lain dah lame upload gambar-gambar raya... Aku pulak baru nak mula....

Tapi aku rasa sambutan raya kali ni kurang meriah la berbanding tahun lepas.... Sebab tahun lepas aku dapat beraya dan menziarah ramai saudara-mara sebelah aku.... Yang jauh dan dekat...

Tapi Syawal kali ni, rumah jiran sebelah pon, aku belum sempat pergi... Rumah tok (sebelah mak) pon aku hanya dapat pergi pada malam raya ke-enam...Hukk..hukk.. Sedih tau...

Tak sempat pon nak snap banyak-banyak.. Gambar ngan mak ayah pon tak ambik....



 Masakan yang sempat dimasak pada pagi raya, rendang ayam dengan nasi impit segera.






Tak sangka aku berjaya masak rendang...First time selama aku hidup buat nih.. Bangga giler... Selama ni..kalo setiap kali raya, masak memasak juadah-juadah raya ni merupakan tugas rasmi mak dan adik aku, Mastura... Aku biasanya tolong-tolong kemas rumah je.... Memang tak boleh diharap le bab-bab masak ni.....Tapi, disebabkan aku dah kawin, reti-reti la masak sendiri.. Takkan nak bagi husband makan air tangan orang lain,, Ye dak..? Hahaha...






Aisyah yang dah tak sabar nak g berayer.... 






Kat rumah tokwan, pagi-pagi lagi dah dikunjungi oleh tetamu cilik. Bagus budak-budak ni...Rajin berziarah... Kalau adik aku yang bongsu tu, jangan harap le nak g berayer rumah orang... Rumah sedara mara pon takmo gi... Asik berkurung je dalam bilik main game... Tak kira time.. Raya pon macam tak raya kekdahnyer...





Malam raya, mak, kakak, dengan adik aku datang beraya... Ni baru dua orang..... Ade lagi 7 orang adik beradik aku belum datang ni....







No comments:

Post a Comment