Thursday, 22 November 2012

Peristiwa Berdarah - 1 Muharram 1434H

Assalamualaikum wbt..

Pada 1 Muharram 1434H yang lalu, keamanan penduduk Palestin telah diganggu gugat dengan dentuman bom dan serangan dari rejim zionis laknatullah.. semoga Allah melaknat rejim zionis ini sehingga akhir zaman.

Kita di sini mungkin hanya mampu berdoa dan melihat kekejaman yang berlaku terhadap penduduk Pelestin ini. Ada yang mungkin mula memboikot produk-produk keluaran Yahudi. Biasanya ini bersifat sementara. Bila keadaan dah reda, kita pon mungkin melupakan keadaan mereka di sana.

 Saya pon sebelum ni macam tu jugak, masa dengar berita rasa macam, ya Allah, kejamnya zalimnya peperangan ni.. Tapi bila isu ni dah reda, saya pon terlupa...Rasa macam bila jadi benda-benda macam ni, selalu doa, kalo macam nila keadaannya, biarlah cepat kiamat. Supaya penderitaan mereka semua akan berakhir. Tapi bila fikirkan bekalan yang tak cukup, rasa takut pulak... Macam pentingkan diri..


Tapi bila dah berkahwin dan ada anak ni, bila tengok kanak-kanak yang jadi mangsa peperangan tu, yang kematian ibu bapa, anak-anak yang dibom, dibedil, terbayang macamana agaknya kalau kita yang berada dalam situasi tu.. Jadi entry kali ni supaya saya tidak lupa bahawa keadaan ini pernah terjadi. Supaya bila anak dah besar nanti, dia boleh tengok inilah keadaannya..


Bayangkan si kecil ini memanggil-manggil ibunya yang telah tiada- ya Allah, alangkah sayunya hati



Satu keluarga terbunuh...







Ya Allah tak sanggup nak tengok..
















Syahid



Syahid






Buat anak mama tersayang, Aisyah, ingatla peristiwa ini.. Semasa umur Aisyah 2 tahun 4 bulan..  Aisyah mungkin terlalu kecil untuk memahami kenapa ia terjadi. Kenapa kanak-kanak secomel ini dibedil dibom sesuka hati oleh yahudi zionis syaitan laknatullah ini. Tapi mama tau Aisyah faham mama sedih dan kenapa mama nangis bila tengok gambar-gambar ni.. Mama doakan bila Aisyah dah besar nanti, Aisyah akan jadi anak yang kuat, sekuat anak-anak Palestin ini.. yang bijak pandai dan boleh berbakti pada masyarat, agama dan negara.. In Sha Allah, kalau kita berilmu, kita boleh bantu masyarakat kita. Allah ada bersama-sama kita..




















Friday, 10 August 2012

Update progress renovation dapur

Assalamualaikum... Salam ramadan... Tinggal seminggu aje lagi sebelum syawal menjelma.. Sedih rasa nak berpisah dengan bulan ramadhan.. Entah tahun depan masih ade kesempatan entah tidak.. Kalau masih diizinkan Allah, alhamdullilah...

Kali ni nak update pasal dapur. Memang konpem tak sempat siap by raya.. Setakat ari ni, dorang dah siap plaster dinding dalam, pasang roof tiles.. Malam ni dorang nak start plaster ceiling dah.. Terpaksa keje sampai malam. Aduh tak sukenye. Hilang privacy aku.. Tapi takpela, malam ni blh buat biskut. Taklah takut sangat kalo ade orang kat luar.

So far, memang puas hati dengan hadil kerja tukang-tukang indon ni.. Dia punye ikat bata kemas, xnampak lubang-lubang. Dia punye plaster dinding pon cantik. Harap2 mereka kekalkan momentum macam ni....

Xpela lambat sket siap janji end product uas hati.

Friday, 27 July 2012

Update Progress Dapur - Hari ke 10

Assalamualaikum wbt...

Nak update site diary lagi...



Birthday Aisyah - 2 Tahun

Pejam celik sekejap je masa berlalu... Anak mama dah 2 tahun tahun ni.. Syukur alhamdulillah ke hadra Allah, Aisyah membesar depan mata mama... Dah banyak perkembangan ever since lahir.... Skang ni dah pandai suapkan makanan kat mama sambil kata, 'edap mama, edap..' heheh...

Tahun ni birthday Aisyah jatuh pada hari pertama puasa.. So mama ngan abah tak celebrate lagi, kita tunggu pas raya nanti, insyaAllah.. Lagipon pakcik makcik tokwan ngan toki Aisyah takde seleranya nak berbuka puasa makan kek.. Sempena ulang tahun kelahiran yang jatuh pada bulan penuh rahmat ni, semoga mendatangkan keberkatan kepada kami sekeluarga. Semoga Aisyah besar nanti jadi anak yang baik, solehah, dengar kata mama abah, dan mendapat kejayaan dunia akhirat.. Aminn...






Sunday, 22 July 2012

Ubahsuai Dapur - Progress Week 1

Assalamualaikum.... Hari ini hari ke tiga umat Islam di Malaysia berpuasa.. Dan hari ni masuk hari ke-enam kerja renovate dapur rumahku... Renovate kecik-kecilan aje memandangkan bajet kami yang amat terhad... Dah 3 tahun duduk rumah baru sekarang boleh nak renovate... Aku amik indon yang pernah wat keje masa aku keje kat tempat lama dulu, Suparman namanya..

Sebenarnya aku bukanla nak urgent sangat pakai dapur ni memandangkan sekarang ni dah bulan puasa.. Kesian pulak kat pekerja-pekerja tu.. Silap-silap, kalo dorang tak pose, ngan aku-aku dapat share sekali... Tapi Parman kata dorang dah biasa dan boleh buat walaupun dalam bulan puasa, jadi aku pon on aje...Hopefully dapur kami nanti turned out sepertimana yang kami bayangkan..


Gambar-gambar dalam pembinaan:-






Kalau dapat siap sebelum raya lagi bagus, hihi..

Thursday, 19 July 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Assalamualaikum wbt....

Dah lama tak menjenguk blog ni...  Check balik, dah almost 7 bulan hewhew..... Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma saya ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.. semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kebaikan kepada kita semua...Amin...