Pejam celik sekejap je masa berlalu... Anak mama dah 2 tahun tahun ni.. Syukur alhamdulillah ke hadra Allah, Aisyah membesar depan mata mama... Dah banyak perkembangan ever since lahir.... Skang ni dah pandai suapkan makanan kat mama sambil kata, 'edap mama, edap..' heheh...
Tahun ni birthday Aisyah jatuh pada hari pertama puasa.. So mama ngan abah tak celebrate lagi, kita tunggu pas raya nanti, insyaAllah.. Lagipon pakcik makcik tokwan ngan toki Aisyah takde seleranya nak berbuka puasa makan kek.. Sempena ulang tahun kelahiran yang jatuh pada bulan penuh rahmat ni, semoga mendatangkan keberkatan kepada kami sekeluarga. Semoga Aisyah besar nanti jadi anak yang baik, solehah, dengar kata mama abah, dan mendapat kejayaan dunia akhirat.. Aminn...
No comments:
Post a Comment