Saturday, 8 October 2011

Kek Aiskrim Strawberri / Mousse Strawberry Chocolate Cake

Asslamualaikum.. Dah lama tak masukkan entry masak-masak... Hari ini ade pergi satu kelas belajar masak kek, so nak share sket apa yang dah dipelajari siang tadi...

 Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan...




Kek Aiskrim Strawberri / Mousse Strawberry Chocolate Cake

Bahan A (Untuk kek span sebagai dasar)
80 gm gula
60 gm tepung naik sendiri
10 gm serbuk koko
40gm minyak jagung / minyak masak - saya guna minyak jagung
8 gm ovellete
3 biji telur (berat tanpa kulit dalam 130-150gm)
30gm air
1 sudu kecil coklat emulco
**Sila guna penyukat digital untuk hasil yang lebih jitu.. (@_@)

Cara-caranya:-
1. Sebatikan gula dan ovellate dengan sudu sampai sebati dalam mangkuk kecil.
2. Dalam mangkuk mixer, campurkan tepung, telur dan campuran gula dan ovelatte tadi. Putar sebati sehingga menjadi gebu.
3. Perlahankan mixer, masukkan air, coklat emulco, serbuk koko dan putar pada kelajuan tinggi sehingga betul-betul kembang dan pekat. (adunan tidak jatuh bila diterbalikkan).
4. Perlahankan mixer. Masukkan minyak jagung dan gaul sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam berukuran 9 inci.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35 minit.
7. Setelah masak, sejukkan kek dahulu sebelum trim lebihan tepi kek untuk memuatkan kek ini kedalam loyang yang lebih kecil (loyang 8 inci pula)


Bahan B

1. 
150gm jem strawberry
140gm yogurt berperisa asli (cikgu saya sarankan guna yogurt dutch lady)
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pes lemon (kami guna sunquick ajer)
50gm air
1/2 sudu kecil pewarna merah

2.
20 gm gelatin halal
50gm air
-Kacaukan sikit2 aje gelatin dengan air (jangan overmix). Biarkan sampai dia beku -dalam 1/2 jam). Jangan diusik-usik.


3. 
250gm krim putar (non dairy whipping krim-kami guna Vivo-Cikgu kata sbb kurang manis-optional nak guna brand ape pong)
1/2 sudu kecil pewarna merah

Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan sehingga rata kecuali pewarna merah. Masak atas api sehingga cair dan mendidih. Masukkan pewarna.
2. Cairkan gelatin secara double boiler. Letakkan terus atas mankuk berisi air. Xperlu tunggu air mendidih. Just cukup untuk wap tu buatkan gelatin cair. Barulah dikacau supaya rata.
3. Masukkan campuran gelatin ke dalam adunan 1. Biarkannya sejuk.
4. Pukul whip krim sehingga kembang dan tak jatuh. Masukkan krim putar ke dalam bancuhan 3. Kacau sehingga betul-betul sebati.
5. Tuangkan adunan ke atas kek yang telah diejas supaya muat masuk ke dalam loyang 8inci tadi. Sebelum tu, kek span tadi perlu dibelah 2. Untuk dapat 4 layer...
6. Letakkan kek sebagai base dalam loyang springform. Masukkan bancuhan 4 ke dalam piping beg. Paipkan dke atas ke bermula dari tepi. Penting untuk cover supaya kek tidak kelihatan. Biar nampak adunan asikrim sahaja. Selepas itu, selang selikan dengan kek dan tutu semula dengan bancuhan aiskrim.
7. Bila siap, ratakan dan simpan ke dalam peti ais sekurang-kurabgkan 5 jam sebelum dihidangkan.
8. Kalo suka, boleh hiaskan ikut kreativiti anda..
9. Selamat mencuba..







No comments:

Post a Comment