Berita gembira untuk mereka-mereka yang berada di sekitar Kuantan, yang berminat dalam bidang baking tak kirala samaada baking biskut atau kek... Samada ada baking untuk makan sendiri atau terima tempahan.... Untuk mereka yang sedang tercari-cari di mana boleh belajar berbaking ni....Haa,,, ni nak bagitau, ada satu kelas persendirian di bawah kelolaan Kak Lin, dan suami beliau En. Izad yang diadakan setiap hujung minggu di bengkel mereka.
Setiap kelas untuk sesi dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang berharga RM150 dan para pelajar akan belajar sekurang-kurang 2 jenis kek, dari mengenal, menyukat, dan membancuh bahan-bahan termasuklah teknik menghias... Seronok kan?? Pengalaman peribadi saya, walaupun baru sekali pergi, saya rasa sangat berbaloi... Kerana ianya diadakan secara 'hands on' dan bukan secara demo jadi kita akan lebih memahami teknik pembuatannya.. Cikgu hanya 'guide' dan yang selainnya kita akan buat sendiri.... Selain itu, Kak Lin (cikgu) juga tidak kedekut ilmu mencurahkan tips-tips dan teknik-teknik berguna....
Kelas ini berjalan dalam suasana selesa, berhawa dingin selain kemudahan surau juga disediakan.. Ohh yee... Sarapan pagi dan makan tengahari juga disediakan...
Untuk mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kelas ini, boleh ke FB Kak Lin, atau klik SINI.
*** Cuma nak pesan satu... Kalo boleh, suruhlah sape-sape tolong hantarkan.. Kalo nak drive sendiri, sila gores dan menang kupon parking tu siap-siap untuk tempoh mula sampai habis kelas tu.... Kalo tak, siap sedia la terima surat cinta dari MPK.... Macam saya...Huhuhu...Sedey weyy,, dah gores siap-siap tapi dia saman gak.... Penguatkuasa dia sangatlah aktif mencari mangsa dekat kawasan tu...
No comments:
Post a Comment