Saturday, 8 October 2011

PineApple Upside Down

Satu lagi resepi yang dapat kat kelas masakan tadi... Ade 3 group seme sekali.. Satu grup ade 3 orang... So, lepas siap-siap masak tu, kami potong-potong dan bahagikan kek tu (dah macam sessi bahagi harta pusaka pulak-ade yang siap ukur beria2 nak tgk sama besar ke tak...pening aku nengok)






Selepas di bahagi tiga - inilah hasilnya...




PineApple Upside Down Cake

Bahan A
25o gm mentega
220gm tepung naik sendiri (blh beli cap bluekey-tapi tadi cikgu bgtau-kalo beli kat bakeri lebih sedap)
180gm gula kastor
4 biji telu
5 sudu makan sirap nenas
7-8 keping nenas dalam tin (kami guna  loyang 9inci x 9 inci loyang segiempat)
cerimerah - dibelah 2
100gm walnut - dibakar pada suhu 130 darjah celcius selama 20 minit dan dicincang.

Bahan B
3ogm mentega - dicairkan- tuangkan ke dalam loyang dan lenggang-lenggangkan bagi rata. Make sure loyang tu alas dulu dengan kertas.
- Pastu tabutkan 3 sudu besar gula perang ke atas butter cair tadi.

Cara-caranya:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. MAsukkan telur dan pukul sebati.
2. Masukkan tepung naik sendiri diikuti dengan sirap nenas. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan pula walnut. Gaul dengan spatula.
4. Bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 25minit. Diikuti suhu 160celcius selama 25minit lagi.
5. Keluarkan kek setelah masak. Biarkan selama sejam. Terbalikkan dan keluarkan kek. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment