Thursday, 20 October 2011

Kek Red Velvet

Sebelum resepi ni hilang untuk kali ke 2, dan sebelum kena marah sekali lagi dengan hubby sebab suka sangat letak barang merata-rata lepastu lupa letak mana, baik aku salin dulu resepi ni...  Kepada penggemar red velvet, bolehlah cuba resepi ni, dapat dari kelas masakan yang diattend minggu lepas..

Bahan untuk sebiji. Kek ini perlu dibuat 2 biji kerana akan dilayer.. Maknanya cuma doublekan sahaja adunan dibawah.. (^_^)

Bahan-bahannya:-
Bahan A
125gm butter
140gm gula perang

Bahan B
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan C-Perlu diayak terlebih dahulu
125gm tepung superfine
8gm serbuk koko
1/2 sudu kecil nescafe

Bahan D Untuk buttermilk - Campurkan sekali dan dibiarkan sebentar
100gm yogurt nestle-plain
1 sudu besar pewarna merah + 1/2 sudu besar orange red

Bahan E
1/2 sudu kecil white vinegar
1/4 sudu kecil soda bicarbonat

Cara-caranya:-
1. Pukul bahan A sampai kembang. Masukkan telur diikuti dengan vanila.
2. Masukkan bahan C berselang-seli dengan D. Kacau sebati.
3. Campurkan bahan E dan terus masukkan ke dalam adunan di atas.
4. Alas loyang 8'' dengan kertas. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 45minit.
5. Setelah masak, sejukkan dan belahkan kek kepada 2 bahagian


Cream Cheese Topping
450gm non dairy whipping cream
250gm cream cheese
60gm gula aising, mesti diayak dahulu.

Cara-caranya:-
1. Pukul cream cheese dan masukkan gula aising. Pukul sehingga kembang.
2. Pukul berasingan non dairy whiiping cream. Masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sebati.
3. Hiaslah secukup perasaan.



Red velvet kek paling kiri. Mau tempah...? Hubungi saya... heheh

No comments:

Post a Comment